Saturday, September 11, 2010

Selamat hari raya

"Mak cik.........kami datang nak raya!!!!!!!"

Benci! Tak suka! aku tak suka dengar ayat tuh.... setiap kali hari raya itu la ayat yang paling aku menyampah nak dengar, terutamanya kalau ianya datang dari budak-budak yang lansung aku tak kenal, entah dari planet mana datang, tiba-tiba je nak datang raya rumah aku.

Kenapa?

Bukan sebab aku kedekut nak bagi DUIT RAYA. Bukan sebab aku kedekut KUIH RAYA. Bukan juga sebab aku TAK SUKA BUDAK-BUDAK (walaupun hakikatnya aku dengan budak-budak memang tak ada keserasian sangat (o_O) )

Habis tu kenapa? Sebab apa?

Sebab aku rasa ianya bukan satu budaya yang elok. YA!!
apa yang eloknya apabila kanak-kanak yang tak dikenali datang ke rumah dengan niat memang semata-mata nak kumpul duit raya sahaja.

Dulu masa kecil aku ada juga beberapa kali buat macam tuh, pergi rumah orang entah siapa-siapa, semata-mata nak kumpul duit raya. Kuih raya? tak perlu pun sebenarnya, makan sebab nak buat syarat je. Bila dapat duit raya, banding-bandingkan jumlahnya dengan rumah yang lain.

Sampai satu hari bapak aku tegur, dia kata tak elok buat macam tu.
Kata abah " Sebenarnya, tujuan sebenar ziarah menziarah di hari raya ini adalah untuk mengeratkan silaturahim.Jadi, anak-anak kalau nak pergi rumah orang kena la pergi dengan orang tua sekali, baru betul caranya,"

Walaupun aku kecil lagi masa tu, tapi aku fikir juga kata-kata abah. Dia ada POINT!

Bila aku ingat balik perbuatan aku dulu, aku malu pula. Pergi rumah orang, "mak cik...nak raya".Lepas tuh mak cik pun datang layan macam nak tak nak je. Ada juga rumah yang setakat bagi duit raya,lepas tuh suruh kita org balik sebab dia malas nak layan. Nasib baiklah aku tak selalu buat macam tuh dulu, hehe. Pernah beberapa kali je ikut kawan, sampai kena tegur dengan abah, aku terus tak buat dah.

Budak-budak sekarang ini, aku tak kenal anak siapa, tiba-tiba datang rumah nak raya. Lepas itu, duduk tak sampai 5 minit, makan kuih sebijik, hirup air sesudu, dah nak salam nak balik raya. Bila orang bagi duit raya, tak keluar lagi dari halaman rumah, dia dah buka sampul raya,kira duit raya.

Lepas itu dengar la nanti
"Aik, 50 sen je? Rumah sebelah tuh bagi RM2"
"Alaaa, kedekut la tuan rumah nih"
Ehem, nak tambah perasaan geram lagi, lepas duit dikeluarkan dari sampul, dengan muka tak bersalahnya sampul tersebut dibuang merata-rata di halaman rumah tuan rumah. Minta maaf, tapi aku rasa perbuatan tersebut agak 'kurang ajar'.

Kadang-kadang, aku ada juga 'interview' budak-budak yang datang rumah aku nak raya ini. Hurm terkejut juga, ada yang datang dari jauh, dari bandar sebelah naik bas,naik lrt semata nak raya. Gigih!! . Mentang-mentang tiket Air Asia sekarang dah murah, takut pula ada yang pergi sampai ke Sabah/Sarawak nak kumpul duit raya.

Mak : Along, adik kamu mana?

Along : takde mak. Dia pergi sabah beraya. Flight pukul 9 pagi tadi.

Mak : *^%$#@!

Oleh itu, orang-orang dewasa sekalian, silalah kawal anak-anak, dan adik-adik anda. Jangan biar mereka amalkan budaya yang tak elok ini. Terangkan pada mereka dan biar mereka fahami apa PENGERTIAN sebenar hari raya, dan budaya ziarah menziarah.

Kita tak nak dalam minda anak-anak kita, bila disebut HARI RAYA, yang diingat mereka hanyalah DUIT RAYA! Ikhlas aku cakap, aku tak nak 'DUIT RAYA' membutakan mata anak-anak kita dari menghayati maksud sebenar hari raya.

Orang dewasa pula, tanya diri anda sendiri, ikhlaskah anda masa bagi duit raya kat anak-anak tersebut. Kalau anak saudara-mara atau jiran tetangga terdekat, tak apa lah, senang hati je nak bagi kan? tapi kalo anak orang yang anda lansung tak kenal (atau dalam kes aku tadi, dari bandar lain), apa perasaan anda? dari elok-elok nak dapat pahala sedekah, jadi berdosa pula pasal tak ikhlas.

Lagi satu, pasal DUIT RAYA ini pun, dah macam jadi kewajipan pula. Benda yang sepatutnya 'optional' ini dah mula menjadi BEBAN pada orang dewasa. Hari raya sepatutnya jadi perkara yang menyeronokkan untuk kita, tapi sebaliknya, jadi perkara yang memeningkan kepala pula.

Aku nak ulang lagi, mulai hari ini jomlah kite semua mendidik anak-anak kita supaya tak membudayakan amalan yang tak elok macam ini. Cuba pula lepas ini kalo ada budak-budak datang rumah nak beraya, kita tak payah bagi duit raya. Ajak la diorang main congkak ke, main monopoli ke, ha, tuh baru betul mengeratkan silaturahim! Tak pun, kita bungkuskan je kuih raya sebungkus sorang untuk bawa balik,.

p/s : jangan pula lepas baca ini, ada budak-budak nak datang raya rumah anda, anda halau pulak! huhu.. abah aku, walaupun dia tak suka anak-anak dia pergi beraya rumah orang, tapi kalau ada budak-budak nak datang raya rumah, dia layan dengan baik.

Maksud aku ialah, kita tak buleh kawal anak orang, tapi kita boleh didik anak-anak kita sendiri.


No comments:

Post a Comment