Saturday, February 20, 2010

SLR

Intro :

Kebelakangan ini ,aku tengok memiliki SLR dah macam menjadi satu kegilaan baru rakyat negara ni. Mana-mana aku pergi, ada je ternampak kelibat manusia pegang Nikon 50D,Canon EOS. Dan macam-macam ragam juga telah aku gelak-gelakkan. Kalau dulu, cuma model yang nak diambil gambar saja posing, sekarang nih, orang yang nak ambil gambar pulak posing lebih-lebih.huhu~

Entahlah, tapi aku rasa sekarang nih SLR, bukan lagi sesuatu yang boleh dikategorikan sebagai barang mewah.Tak macam dulu-dulu, kalau ada awekz nampak mamatz amik gambar guna SLR, wow! Maka berlari-lari lah si awekz-awekz tersebut mengejar mamatz tadi. Tapi sekarang, awekz pun dah ada SLR sendiri tau…

Tak hairanlah, kalau tengok kat market sekarang, harga SLR boleh dikatakan agak competitive bila dibandingkan dengan kamera kompak. Dengan ciri-ciri yang lebih unik, dan berbagai-bagai fungsi yang lebih canggih, erm, orang normal macam aku cakap “baik beli SLR..”.

Tapi aku rasa kan, kemungkinan besar perkembangan baru ni, kalau tidak bakal, telahpun memberikan sedikit cabaran baru kepada jurugambar professional. Ye lah, sekarang semua orang pun dah buleh ambik gambar yang cantik.



Intermediate :

Meminjam kata-kata seorang temanku yang agak kacak ;

Memiliki SLR tidak bermakna anda seorang jurugambar. Ia hanya bermakna anda seorang pemilik kamera

Ya, ianya kenyataan yang berbaur sinis dan agak tajam kepada sesetengah pihak. Aku percaya temanku yang kacak itu tak berniat nak menyindir sesiapa (huh,ye ke?!). Pertama kali membacanya, aku tak nafikan, aku memang bersetuju 100% dengan kata-kata tersebut. Malah aku juga tak ketinggalan dalam memberikan komen balas yang memperlekehkan pemilik-pemilik SLR sekalian alam.

Tapi……

Suatu hari,sebagai aktiviti membuang masa, aku selak balik koleksi gambar-gambar yang aku simpan dalam komputer. Hurm, “banyak juga gambar-gambar menarik”,kataku dalam hati,hahaha…

Gambar-gambar tersebut diambil dari kamera SLR kawan-kawan aku.Entah kenapa bila tengok balik gambar-gambar tuh semua, aku rasa macam tersentuh. (_ _”)

Tiba-tiba aku mindaku berbalik semula kepada kata-kata temanku yang kacak itu. Temanku yang kacak itu juga ada menyebut sesuatu yang berbunyi seperti begini “ kualiti sesuatu gambar itu bergantung kepada visi jurugambar itu sendiri”.

Aku mula tertanya-tanya. Apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan temanku yang kacak itu?

Dan aku juga mula mempersoalkan komen aku sendiri, komen yang membalas kata-kata temanku yang kacak itu. Komen yang mempersendakan pemilik-pemilik SLR lain (aku dah tak ingat la ape yang aku ckp, hurmmm org tua mcm nih la.. pelupa..). Basically, aku menuduh mereka membazir beli SLR kalau nak ambik gambar cuma guna auto mode.

Visi? Ya,lama aku berfikir tentangnya. Ini yang aku dapat ;

Jurugambar professional, misi mereka adalah untuk merakam gambar yang sangat cantik, yang dipenuhi dengan nilai artistik yang sangat mendalam. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk meletakkan elemen-elemen estetika pada setiap gambar yang mereka ambik. Bagaimana mereka melakukannya? (Aku pun tak tahu sebenarnya,sebab aku bukan jurugambar professional pun).Tapi, pada pemerhatian aku, untuk mendapatkan hasil yang mereka ingin, apa yang mereka buat adalah MEMANIPULASI setiap aspek yang terlibat dalam proses penggambaran tersebut. Aspek-aspek tersebut boleh datang dari luar, seperti teknik pencahayaan, sudut yang menarik, atau pun dari kamera itu sendiri; seperti penentuan ISO,bukaan aperture etc. dan visi jurugambar inilah yang akhirnya menentukan seberapa tingginya nilai seni yang dibawa oleh setiap gambar yang mereka ambil. Dan lebih tinggi nilai seninya,lebih tinggi kepuasan yang mereka rasa. (Aku percaya aku sorang je yang paham ape yang aku tulis dalam perenggan nih)

Dan berfikir terlalu lama juga membuatkan aku mula berfikir dari sudut yang berlainan, dan cuba meletak kaki aku dalam kasut orang lain ;

Note : “Pemilik SLR aku refer kepada orang yang memiliki SLR, tapi bukan jurugambar professional.

Bagi sesetengah ‘pemilik kamera’ SLR, mengambil gambar yang mempunyai nilai seni yang tinggi bukan matlamat mereka. Apa yang mereka inginkan hanyalah suatu gambar yang mampu menonjolkan suatu ekspressi yang jelas dan nyata pada wajah yang mereka ambil, serta latar yang dapat memberikan maksud yang jelas tentang apa yang berlaku ketika gambar itu diambil. Dan gabungan dua elemen tadi, mewujudkan sesuatu yang cukup memberi kepuasan kepada ‘pemilik SLR’ , iaitu KENANGAN..Bagi mereka yang penting adalah untuk merakam setiap detik kenangan dalam hidup mereka. Detik bahagia,gembira,sedih,terkejut... Gambar yang sempurna bagi mereka ialah gambar yang dapat mengembalikan perasaan mereka ke detik gambar itu diambil (walaupun detik itu telah lama berlalu). Itulah gunanya SLR pada mereka. Walaupun dengan hanya mode auto, kualiti yang ada pada kamera SLR mampu menterjemahkan setiap ekspresi dan latar dengan lebih baik, yang sekaligus memberikan lebih ‘feeling’ pada setiap gambar , dan itulah ‘pemilik-pemilik’ kamera SLR mahukan. Itulah yang aku mahukan. Hanya itu.



Conclusion :


Apa yang aku cuba tekankan kat sini sebenarnya, ialah mengenai kesilapan aku sendiri dalam membuat penilaian.

Tak ada salahnya tentang kenyataan temanku yang kacak tuh. Betullah kata dia, memiliki SLR tak menjadikan seseorang itu jurugambar. Yang salahnya ialah, komen balas yang aku berikan, komen yang memperlekehkan orang lain,sedangkan aku sendiri pun tak lah sebagus mana (tak bagus lansung pun sebenarnya).

Kepada pemilik-pemilik SLR semua,berseronoklah dengan setiap gambar yang anda rakam. Nikmatilah saat-saat indah anda. Tapi, sedikit demi sedikit belajarlah untuk cuba memperbaiki kualiti gambar yang anda rakam, supaya setiap detik itu menjadi lebih bermakna.

Aku tidak mahu kamera itu merakam tawa di wajahku,
aku mahu ia merakam kegembiraan yang terpancar dari hati ini

Aku tidak mahu kamera itu merakam air mata yang mengalir di pipiku,
Aku mahu ia merakam kesedihan yang membaluti jiwa ini.

# Another 2 cents from me (--‘)…. (860 patah perkataan)

1 comment: