Saturday, September 11, 2010

Selamat hari raya

"Mak cik.........kami datang nak raya!!!!!!!"

Benci! Tak suka! aku tak suka dengar ayat tuh.... setiap kali hari raya itu la ayat yang paling aku menyampah nak dengar, terutamanya kalau ianya datang dari budak-budak yang lansung aku tak kenal, entah dari planet mana datang, tiba-tiba je nak datang raya rumah aku.

Kenapa?

Bukan sebab aku kedekut nak bagi DUIT RAYA. Bukan sebab aku kedekut KUIH RAYA. Bukan juga sebab aku TAK SUKA BUDAK-BUDAK (walaupun hakikatnya aku dengan budak-budak memang tak ada keserasian sangat (o_O) )

Habis tu kenapa? Sebab apa?

Sebab aku rasa ianya bukan satu budaya yang elok. YA!!
apa yang eloknya apabila kanak-kanak yang tak dikenali datang ke rumah dengan niat memang semata-mata nak kumpul duit raya sahaja.

Dulu masa kecil aku ada juga beberapa kali buat macam tuh, pergi rumah orang entah siapa-siapa, semata-mata nak kumpul duit raya. Kuih raya? tak perlu pun sebenarnya, makan sebab nak buat syarat je. Bila dapat duit raya, banding-bandingkan jumlahnya dengan rumah yang lain.

Sampai satu hari bapak aku tegur, dia kata tak elok buat macam tu.
Kata abah " Sebenarnya, tujuan sebenar ziarah menziarah di hari raya ini adalah untuk mengeratkan silaturahim.Jadi, anak-anak kalau nak pergi rumah orang kena la pergi dengan orang tua sekali, baru betul caranya,"

Walaupun aku kecil lagi masa tu, tapi aku fikir juga kata-kata abah. Dia ada POINT!

Bila aku ingat balik perbuatan aku dulu, aku malu pula. Pergi rumah orang, "mak cik...nak raya".Lepas tuh mak cik pun datang layan macam nak tak nak je. Ada juga rumah yang setakat bagi duit raya,lepas tuh suruh kita org balik sebab dia malas nak layan. Nasib baiklah aku tak selalu buat macam tuh dulu, hehe. Pernah beberapa kali je ikut kawan, sampai kena tegur dengan abah, aku terus tak buat dah.

Budak-budak sekarang ini, aku tak kenal anak siapa, tiba-tiba datang rumah nak raya. Lepas itu, duduk tak sampai 5 minit, makan kuih sebijik, hirup air sesudu, dah nak salam nak balik raya. Bila orang bagi duit raya, tak keluar lagi dari halaman rumah, dia dah buka sampul raya,kira duit raya.

Lepas itu dengar la nanti
"Aik, 50 sen je? Rumah sebelah tuh bagi RM2"
"Alaaa, kedekut la tuan rumah nih"
Ehem, nak tambah perasaan geram lagi, lepas duit dikeluarkan dari sampul, dengan muka tak bersalahnya sampul tersebut dibuang merata-rata di halaman rumah tuan rumah. Minta maaf, tapi aku rasa perbuatan tersebut agak 'kurang ajar'.

Kadang-kadang, aku ada juga 'interview' budak-budak yang datang rumah aku nak raya ini. Hurm terkejut juga, ada yang datang dari jauh, dari bandar sebelah naik bas,naik lrt semata nak raya. Gigih!! . Mentang-mentang tiket Air Asia sekarang dah murah, takut pula ada yang pergi sampai ke Sabah/Sarawak nak kumpul duit raya.

Mak : Along, adik kamu mana?

Along : takde mak. Dia pergi sabah beraya. Flight pukul 9 pagi tadi.

Mak : *^%$#@!

Oleh itu, orang-orang dewasa sekalian, silalah kawal anak-anak, dan adik-adik anda. Jangan biar mereka amalkan budaya yang tak elok ini. Terangkan pada mereka dan biar mereka fahami apa PENGERTIAN sebenar hari raya, dan budaya ziarah menziarah.

Kita tak nak dalam minda anak-anak kita, bila disebut HARI RAYA, yang diingat mereka hanyalah DUIT RAYA! Ikhlas aku cakap, aku tak nak 'DUIT RAYA' membutakan mata anak-anak kita dari menghayati maksud sebenar hari raya.

Orang dewasa pula, tanya diri anda sendiri, ikhlaskah anda masa bagi duit raya kat anak-anak tersebut. Kalau anak saudara-mara atau jiran tetangga terdekat, tak apa lah, senang hati je nak bagi kan? tapi kalo anak orang yang anda lansung tak kenal (atau dalam kes aku tadi, dari bandar lain), apa perasaan anda? dari elok-elok nak dapat pahala sedekah, jadi berdosa pula pasal tak ikhlas.

Lagi satu, pasal DUIT RAYA ini pun, dah macam jadi kewajipan pula. Benda yang sepatutnya 'optional' ini dah mula menjadi BEBAN pada orang dewasa. Hari raya sepatutnya jadi perkara yang menyeronokkan untuk kita, tapi sebaliknya, jadi perkara yang memeningkan kepala pula.

Aku nak ulang lagi, mulai hari ini jomlah kite semua mendidik anak-anak kita supaya tak membudayakan amalan yang tak elok macam ini. Cuba pula lepas ini kalo ada budak-budak datang rumah nak beraya, kita tak payah bagi duit raya. Ajak la diorang main congkak ke, main monopoli ke, ha, tuh baru betul mengeratkan silaturahim! Tak pun, kita bungkuskan je kuih raya sebungkus sorang untuk bawa balik,.

p/s : jangan pula lepas baca ini, ada budak-budak nak datang raya rumah anda, anda halau pulak! huhu.. abah aku, walaupun dia tak suka anak-anak dia pergi beraya rumah orang, tapi kalau ada budak-budak nak datang raya rumah, dia layan dengan baik.

Maksud aku ialah, kita tak buleh kawal anak orang, tapi kita boleh didik anak-anak kita sendiri.


Saturday, February 20, 2010

SLR

Intro :

Kebelakangan ini ,aku tengok memiliki SLR dah macam menjadi satu kegilaan baru rakyat negara ni. Mana-mana aku pergi, ada je ternampak kelibat manusia pegang Nikon 50D,Canon EOS. Dan macam-macam ragam juga telah aku gelak-gelakkan. Kalau dulu, cuma model yang nak diambil gambar saja posing, sekarang nih, orang yang nak ambil gambar pulak posing lebih-lebih.huhu~

Entahlah, tapi aku rasa sekarang nih SLR, bukan lagi sesuatu yang boleh dikategorikan sebagai barang mewah.Tak macam dulu-dulu, kalau ada awekz nampak mamatz amik gambar guna SLR, wow! Maka berlari-lari lah si awekz-awekz tersebut mengejar mamatz tadi. Tapi sekarang, awekz pun dah ada SLR sendiri tau…

Tak hairanlah, kalau tengok kat market sekarang, harga SLR boleh dikatakan agak competitive bila dibandingkan dengan kamera kompak. Dengan ciri-ciri yang lebih unik, dan berbagai-bagai fungsi yang lebih canggih, erm, orang normal macam aku cakap “baik beli SLR..”.

Tapi aku rasa kan, kemungkinan besar perkembangan baru ni, kalau tidak bakal, telahpun memberikan sedikit cabaran baru kepada jurugambar professional. Ye lah, sekarang semua orang pun dah buleh ambik gambar yang cantik.



Intermediate :

Meminjam kata-kata seorang temanku yang agak kacak ;

Memiliki SLR tidak bermakna anda seorang jurugambar. Ia hanya bermakna anda seorang pemilik kamera

Ya, ianya kenyataan yang berbaur sinis dan agak tajam kepada sesetengah pihak. Aku percaya temanku yang kacak itu tak berniat nak menyindir sesiapa (huh,ye ke?!). Pertama kali membacanya, aku tak nafikan, aku memang bersetuju 100% dengan kata-kata tersebut. Malah aku juga tak ketinggalan dalam memberikan komen balas yang memperlekehkan pemilik-pemilik SLR sekalian alam.

Tapi……

Suatu hari,sebagai aktiviti membuang masa, aku selak balik koleksi gambar-gambar yang aku simpan dalam komputer. Hurm, “banyak juga gambar-gambar menarik”,kataku dalam hati,hahaha…

Gambar-gambar tersebut diambil dari kamera SLR kawan-kawan aku.Entah kenapa bila tengok balik gambar-gambar tuh semua, aku rasa macam tersentuh. (_ _”)

Tiba-tiba aku mindaku berbalik semula kepada kata-kata temanku yang kacak itu. Temanku yang kacak itu juga ada menyebut sesuatu yang berbunyi seperti begini “ kualiti sesuatu gambar itu bergantung kepada visi jurugambar itu sendiri”.

Aku mula tertanya-tanya. Apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan temanku yang kacak itu?

Dan aku juga mula mempersoalkan komen aku sendiri, komen yang membalas kata-kata temanku yang kacak itu. Komen yang mempersendakan pemilik-pemilik SLR lain (aku dah tak ingat la ape yang aku ckp, hurmmm org tua mcm nih la.. pelupa..). Basically, aku menuduh mereka membazir beli SLR kalau nak ambik gambar cuma guna auto mode.

Visi? Ya,lama aku berfikir tentangnya. Ini yang aku dapat ;

Jurugambar professional, misi mereka adalah untuk merakam gambar yang sangat cantik, yang dipenuhi dengan nilai artistik yang sangat mendalam. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk meletakkan elemen-elemen estetika pada setiap gambar yang mereka ambik. Bagaimana mereka melakukannya? (Aku pun tak tahu sebenarnya,sebab aku bukan jurugambar professional pun).Tapi, pada pemerhatian aku, untuk mendapatkan hasil yang mereka ingin, apa yang mereka buat adalah MEMANIPULASI setiap aspek yang terlibat dalam proses penggambaran tersebut. Aspek-aspek tersebut boleh datang dari luar, seperti teknik pencahayaan, sudut yang menarik, atau pun dari kamera itu sendiri; seperti penentuan ISO,bukaan aperture etc. dan visi jurugambar inilah yang akhirnya menentukan seberapa tingginya nilai seni yang dibawa oleh setiap gambar yang mereka ambil. Dan lebih tinggi nilai seninya,lebih tinggi kepuasan yang mereka rasa. (Aku percaya aku sorang je yang paham ape yang aku tulis dalam perenggan nih)

Dan berfikir terlalu lama juga membuatkan aku mula berfikir dari sudut yang berlainan, dan cuba meletak kaki aku dalam kasut orang lain ;

Note : “Pemilik SLR aku refer kepada orang yang memiliki SLR, tapi bukan jurugambar professional.

Bagi sesetengah ‘pemilik kamera’ SLR, mengambil gambar yang mempunyai nilai seni yang tinggi bukan matlamat mereka. Apa yang mereka inginkan hanyalah suatu gambar yang mampu menonjolkan suatu ekspressi yang jelas dan nyata pada wajah yang mereka ambil, serta latar yang dapat memberikan maksud yang jelas tentang apa yang berlaku ketika gambar itu diambil. Dan gabungan dua elemen tadi, mewujudkan sesuatu yang cukup memberi kepuasan kepada ‘pemilik SLR’ , iaitu KENANGAN..Bagi mereka yang penting adalah untuk merakam setiap detik kenangan dalam hidup mereka. Detik bahagia,gembira,sedih,terkejut... Gambar yang sempurna bagi mereka ialah gambar yang dapat mengembalikan perasaan mereka ke detik gambar itu diambil (walaupun detik itu telah lama berlalu). Itulah gunanya SLR pada mereka. Walaupun dengan hanya mode auto, kualiti yang ada pada kamera SLR mampu menterjemahkan setiap ekspresi dan latar dengan lebih baik, yang sekaligus memberikan lebih ‘feeling’ pada setiap gambar , dan itulah ‘pemilik-pemilik’ kamera SLR mahukan. Itulah yang aku mahukan. Hanya itu.



Conclusion :


Apa yang aku cuba tekankan kat sini sebenarnya, ialah mengenai kesilapan aku sendiri dalam membuat penilaian.

Tak ada salahnya tentang kenyataan temanku yang kacak tuh. Betullah kata dia, memiliki SLR tak menjadikan seseorang itu jurugambar. Yang salahnya ialah, komen balas yang aku berikan, komen yang memperlekehkan orang lain,sedangkan aku sendiri pun tak lah sebagus mana (tak bagus lansung pun sebenarnya).

Kepada pemilik-pemilik SLR semua,berseronoklah dengan setiap gambar yang anda rakam. Nikmatilah saat-saat indah anda. Tapi, sedikit demi sedikit belajarlah untuk cuba memperbaiki kualiti gambar yang anda rakam, supaya setiap detik itu menjadi lebih bermakna.

Aku tidak mahu kamera itu merakam tawa di wajahku,
aku mahu ia merakam kegembiraan yang terpancar dari hati ini

Aku tidak mahu kamera itu merakam air mata yang mengalir di pipiku,
Aku mahu ia merakam kesedihan yang membaluti jiwa ini.

# Another 2 cents from me (--‘)…. (860 patah perkataan)

SOMETHING STUPID

Sometimes, we know it is a very stupid thing to do, a really stupid thing to do, but we do it anyway,why?We keep doing it again and again.Well, i think maybe it is because that thing, is something that we cannot resist…

(forgive me 4 my very s#*k and f#%king English, I know, my english are not very good,but..hurm…at least I'm trying right?)

Lets get back to that STUPID thing…have u ever been in that situation before?? At least for once in your life? well, i've been experiencing that for my whole life (almost (++’)… ) n its getting worst for the last few years..

i know it is stupid…so damn stupid, but i keep doin it , again and again…I'm trying so hard to stop myself, to be rasional , to think clearly, but then…it just happen…….

it's like u love someone,deeply and madly, even though u know she is not worth it…but u keep loving her….Always being by her side in what ever situation… always there for her whenever she needs u (even though u know that she will not always be there for u, or maybe i can say ‘HAS NEVER BEEN THERE’ for u…)….u know that u’ll get nothing from her but suffer, but u just cannot stop urself from running towards her whenever she calls u….and when she dont need u anymore,u’ll be treated like a bulls#*tshe kicks you out easily from her life (This is da time when u’ll feel how stupid you are, and regret..)…but once again, when she calls u,need u, and u, without hesitation, n spontaneously, in no time, running towards her … it happens again and again, n u rare wasting many years of ur life repeating da same thing…the same mistake..stupid hah?

What i wrote above is just an example, it is not 'something that really happen it my life’….hahaha….ye la tu…

well, i can say that, i always have control in everythings (or at least ‘many things’) that happen in my life…but DIS one…..hah!!!!… dis one i cannot control…dat things….so sacred, so naive but so stupid at the same time…why? y? y??… (==’)

"foot/leg" note :

hv u ever heards dis phrase b4? —- it doesnt matter how much she hates u, wat does matter is how much u love him/her….—— wat does it means? from what i understand, mybe, it means dat, it doesnt matter how bad she treated u ,DONT appreciate u, but what does matter is u know that u will always be there for her…. What ever it takes to make her happy,u'll do it, even though u r not a part of her happyness. <— some people may call dis loyalty but some people may call it STUPID…i call it both–> a stupid loyalty…

something to share : quote from film "idontremember the title" ;

I want you to be happy. More than anything else I wanted to be the cause of happiness in you. But if I'm not, then I can't stand in the way

gagal

“ TUHAN TAKKAN MENGANIAYA HAMBANYA”

Tuhan takkan menganiayai hambanya”, itu jawab kawan aku beberapa tahun dulu, bila aku tanyakan sesuatu pada dia. Sampai sekarang, ayat tuh masih lagi melekat dalam kepala otak aku . Dan ayat tu jugala yang kita pikir bila aku hadapi kegagalan last week (or hampir gagal??).

1. Kalau cukup usaha, doa , dan tawakal, maka tuhan akan membalas semua tuh dengan kejayaan. Tapi bila kita gagal, kita tahulah yang mungkin salah satu daripada perkara di atas belum cukup untuk hadiahkan kita kejayaan. Mungkin kita tak cukup berusaha.Ataupun kite byk buat maksiat, jadi doa pun tak dimakbulkan.hurm… ataupun,

2. God has a better plan for me. Kalau kita yakin dengan sepenuh perasaan bahawa telah cukup segala usaha, doa etc, tapi masih juga gagal, maka kita tahulah, yang tuhan tuh ada rancangan yang lebih baik untuk kite, ataupun,

3. Dia sedang menguji kita.

Sebenarnya KEGAGALAN tuh adalah something yang cukup subjektif. Bagi aku, definisi kegagalan tuh sendiri berbeza-beza mengikut cara orang memandangnya. Kalau kita pandang kegagalan tuh dari sudut positif, maka positif la jadinya. Tapi kalau kita pandang kegagalan tuh dari sudut negatif, habislah, maknanya kite sedang berdepan dengan satu lagi kegagalan.

CUBALAH UNTUK TIDAK GAGAL dengan sedaya upaya. Tapi kalau gagal jugak,cubapandang kegagalan tuh dari sudut positif. Ambil pengajaran daripadanya, belajar daripada kesilapan dan berusaha untuk teruskan hidup yg lebih baik. Dengar tuh KIM?


TUHAN TAKKAN MENGUJI SESEORANG HAMBANYA, MELEBIHI DARIPADA
KEMAMPUAN HAMBA ITU SENDIRI

Hurm, sebenarnya aku sendiri tak ingat bila dan di mana aku baca/dengar ayat nih. Tapi macam ayat kat atas, ayat nih jugak pengaruhi aku dalam certain keadaan. (Tetiba rasa ngantuk lak, pe2..abeskan tulis nih kejap..kikikikiki). Kadang-kadang bila aku berdepan dengan masalah yang teruk, yang mengganggu kesihatan mental aku, aku akan pikir ayat di atas. Tu lah, kadang-kadang hidup nih tak seindah macam kita sangka.

Ada jek masalah datang.Masalah yang kita tak sangka, ataupun masalah yg memang kita dah hadapinya sepanjang hidup kita.Konflik diri (i.e krisis identiti), atau pun konflik dengan persekitaran (i.e orang yang tersayang sakit, ada masalah duit), memang susah, kalau salah cara hadapi, buleh ‘down’. Kalau lagi teruk, buleh buat rasa macam nak bunuh diri.

Tapi kena la ingat , segala yang kita hadapi tuh semuanya ujian. Dan percayalah, Tuhan takkan menganiaya kita, maknanya Dia takkan menurunkan sesuatu ujian itu, melainkan Dia tahu yang kita boleh hadapinya. Tuhan Maha Mengetahui, dari sekecil- kecil zarah hinggalah seluas alam semesta nih (yang sampai sekarang saintis pun tak dapat decide berapa luasnya, amacam kagum tak??). Jadi Dia juga mengetahui setakat mana kemampuan kita, keupayaan kita untuk menghadapi ujian tuh. Jadi kesimpulannya, kalau berdepan dengan sesuatu ujian tuh, TABAH dan SABAR lah, dan yakinlah kita boleh hadapinya.

NOTA KAKI ITIK : Banyak ar kite membebel. Tapi itu sume nak bagi motivasi pada diri aku sendiri jek sebenarnya.. huhu.
Go Kim! Go! Go! Go! You can walk, you can run or you can crawl, but don’t you
ever DARE to stop!

LoVe (^^,)

31 May 2008;


Love, love , love
… I’ve been surrounded by love
… for every breath that i take, and for every step that i made
… love makes me sick, love makes me happy
… love , makes me sad and love makes me crazy…

Love, love , love
… the harder i try to stay away from love,
… the closer it comes toward me,

Cinta, cinta , cinta ??? Cinta tu ape? bagi aku cinta tu universal, cinta pada Tuhan, cinta pada parent, cinta pada family, cinta pada kawan baik, cinta pada kekasih…dan banyak lagi..tapi kat sini kite nak fokus on cinta pada kekasih (of coz la babeh…huhuhu)..Manusia tak boleh lari daripada cinta. Cinta tuh sesuatu yang wujud dan hakikat, anugerah Tuhan yang tak ternilai harganya. Cinta tuh suci pada asalnya, tapi kite manusia nih yang mencemarkannya.

CINTA, KASIH dan SAYANG tuh menda yang sama kan? kenapa bahasa melayu/malaysia perlu ada sampai tiga perkataan untuk refer pada menda yang sama? bahasa english cuma ada satu perkataan untuk semua jenis cinta. kita boleh cakap "i love u" pada bf/gf, pada mak, pada kawan or pada sesiapa je. Tapi, kalau kita cakap "saya cintakan mak", sounds weird kan? huhu.kadang-kadang terlalu banyak perkataan, boleh menyempitkan minda kite huh? ..apala, nak guna bahasa malaysia atau bahasa melayu lagi pon kita tak dpt decide.


Apa itu cinta?

Ada orang yang mengganggap cinta tuh hanyalah sebahagian daripada tindakbalas kimia dalam tubuh, tapi untuk aku? Well, aku pon tak tahula..hahaha (aku nih cakap je pandai…huhu..). Honestly, aku sendiri pon sebenarnya tak pasti cinta tuh ape. Cuma, aku tahu cinta tuh boleh menimbulkan konflik dalam diri manusia. Boleh buat manusia jadi bodoh, lurus, bacul , jahat.


Apa tanda2 kita dah jatuh cinta?

Tak tahu juga. Korang pikir la sendiri. MAYBE — bila kita jatuh cinta, tanpa kita sedar kita akan mengubah rutin hidup kita. bila kite jatuh cinta, kita akan teringat orang tuh 24 jam sehari, 1440 minit , n 86400 saat, juga tanpa kit sedar. dan bila kita sedar, kite mengutuk diri sendiri tentang betapa bodohnya kita buat mcm tuh. cuma yang peliknya, lepas tuh kita akan terus buat macam tuh lagi. bila kite jatuh cinta, cukup dengan memandang wajahnya, itu pun dah boleh buat kite senyum seorang diri.huhu


Seikhlas/sedalam mana kite mencintai seseorang itu?

tak tahu lagi.. kite cuma tahu, bile kita mencintai seseorang itu, bermakna kite menerima segala keburukan dan kebaikkan yang ada dalam diri dia. bila kite mencintai seseorang itu, tak kire betapa jahat pon dia jadi,kite akan tetap mencintai dia… (adoi,penatnya menaip!!!).Pernah dengar tentang PUL?? Purely Unconditional Love (Cinta tanpa syarat ).. Apa tuh? Apa syarat tuh? kita tak mencintai dia kerana dia cantik/hensem. kite tak mencintai dia kerana duit dia. kite tak mencintai dia sebab dia tuh ‘budak baik’. kite tak mencintai dia sebab dia tuh sweet.. habis tuh kenapa kita mencintai dia? TAK ADA SEBAB. kite cuma mencintai dia hanya kerana dia itu dia ("thank u for 4 being you, otherwise i will not falling in love with u").. bunyinya macam tak logik kan? mana ada orang jatuh cinta tanpa sebab? tapi itulah hakikat PUL, satu keadaan yang sukar dicapai, tapi tak mustahil. itulah cinta yang paling ikhlas sekali.


Keadaan cinta?

ada orang yang cuba sedaya upaya melarikan diri dari cinta,tapi cinta tetap mengejar dia :: ada orang yang berusaha mencari cinta, tapi tak berjumpa-jumpa :: ada orang yang menunggu orang yang dicintainya selama bertahun-tahun,tapi akhirnya kecewa :: ada juga orang yang putus harapan, tapi akhirnya cintanya kembali tanpa disangka:: ada orang yang kecewa dengan cinta, dan akhirnya cuba melepaskan kekecewaannya tu dgn menerima insan lain:: Cinta bukanlah tentang sebelah pihak saja, tapi tentang kedua-dua belah pihak. My fren once said, kite tak boleh halang orang jauh cinta pada kite, tapi kite juga ada hak untuk tidak menerima cinta orang tuh.

dalam cinta, ada tak orang yang bersalah? - konflik cinta..hurm..erk…samb laen kali la kalo rajin..hoho…



nota kaki itik :

1. actually, selalu tertanya2 tentang sesuatu. Soalan yang bersifat general dan tidak ada kena mengena dgn mana-mana insan :p jika kita diam2 mencintai seseorang tuh,sangat mencintai dia. patut ke kite bagitau orang tuh? kenapa? apa kite dapat kalo bagitau? biasanya orang akan cakap "aku tak letak harapan, aku cuma bagitau dia sebab aku tak nak simpan perasaan nih sorang2, bagitau dia, barula aku rasa lega sikit, lepas beban aku.." tapi, bukankah tujuan kite confess tuh sebnrnya lebih kepada macam nak test "adakah dia akan terima aku?" .. ok, ape yang kite tulis dlm perenggan nih mmg agak confusing sikit, tapi main point dia - patut ke tak confess tuh?

aku dan bunyi-bunyian HP

24 May 2008 ;


"Korang duduk dekat asrama. Satu bilik ada 2 orang. Esok ada test. Korang pun study la dengan penuh perasaan dan semangat yang jitu. Tiba-tiba, jeng jeng jeng~~~ hp roomate korang berbunyi dengan kuat. Sangat kuat. Lagu ‘my chemical romance’. Korang terkejut beruk sehingga terjatuh dari kerusi. Roomate korang tiada kat bilik,pergi mandi. Korang pi check hp roomate korang tuh, kot-kot orang call, leh la berpura-pura baik hati, tolong angkatkan call tuh. Tapi, korang amat kecewa, rupa-rupanya cuma ada SMS masuk je (takkan nak baca kot sms tuh,privacy org beb!). Korang pun pergi duduk balik dan sambung study. Tapi ringtone SMS tadi masih tak habis-habis lagi. 1 minit berlalu~..lagu tuh tak habis lagi.Tak apa,korang sabar lagi, lagu my chemical romance tuh mmg lama skit durationnya. 2 minit, telinga korang, kepala korang da sakit.hp tu masih lagi berbunyi.roomate korang masih lagi belum habis mandi. "Basuh kain sekali kot" kata korang dalam hati…Akhirnya,selepas 3 minit 10 saat korang melakukan ‘head bangin’ secara paksaan, maka hp tuh pun senyap.Korang lega,tersenyum lebar dan bersedia untuk kembali menyambung study dgn penuh kesungguhan. Tapi, takdir menentukan, ketenangan yang korang capai tadi hanyalah sementara. Hp tadi sekali lagi berbunyi (SMS masuk lagi la tuh!!).. korang sekali lagi jatuh terbalik dari kerusi. Harkkkk!! Tensionnya!!!! kali ini korang rasa macam nak buat 'head bangin' secara duet dengan dinding bilik korang tuh…."

Owho…..pernah tak korang mengalami situasi seperti di atas? atau situasi seperti yg sewaktu dengannya.. pernah tak? (sila jawab soalan nih dlm hati saja).. well, aku da byk kali kena tau.. di zaman yg serba moden nih, hp mmg dah jd sebahagian drpd hidup kita Ada org x boleh hidup tanpa hp! (yela,nak call bf/gf, tanpa bf/gf, siapalah kita kan?? keh keh keh ).. hp lak makin lama makin canggih..dulu bunyi ringtone nya tit-tit-tit je….ingat lagi, dulu kalo time lecturer xde dlm kelas, bising betol, masing2 berlawan2 ringtone (bising betul,rasa macam gegendang telinga ditikam berkali2)….kemudian polifonik la (yg nih start pengalaman buruk hidup aku) dan terus sekarang dengan bunyi MP3.

Aku bukannya anti-teknologi/anti-kemajuan (atau apa je nama yagg korang nak panggil)… tapi cuma kadang-kadang aku rasa macam kurang senang dengan cara manusia menggunakan teknologi nih. Aku boleh terima la kalau korang nak letak lagu panjang-panjang buat ringtone kalo ada orang call,normal la tuh,kang letak lagu pendek tak dengar lak.Marah pulak orang yg call tuh,orang penat2 call x angkat lak,call penting ni ,katanya.huhu~… Tapi sekarang yang jadi masalahnya kalau orang tuh letak lagu panjang-panjang untuk SMS dia. Perlu ke? Perlu ke letak sampai habis satu lagu untuk SMS? Lepas tu dapat la pluak lagu yg jenis hantuk-hantuk kepala tuh kan…Worst, kalo orang tuh jenis yg hp nya 2 minit sekali ada SMS masuk.. annoying la..paling annoying sekali kalau terpaksa dengar rangkap yg sama secara berulang kali. Come on la babeh, itu SMS je ok? cukup la letak ringtone pendek-pendek je…yg bunyi ‘whooosshhh’ ke..yang bunyi ‘tittottit’ ke.Apa-apa sahajalah yang tak mengganggu ketenteraman awam. Tak perlu la panjang-panjang sangat.Ok, maybe itu cara korang nak menunjukkan yang korang peminat sesuatu genre muzik.korang minat my chemical romance, korang ganas, selamba ganas, gothic, suka pakai celak mata tebal2,ok! Saya faham! now change ur ringtone babeh!!

apela korang nih..hohoho…ape pon…kite tulis nih berdasarkan pengalaman selama bertahun-tahun berdasarkan pemerhatian terhadap manusia di sekitar.

Nota: post ini tidak ditujukan secara spesifik kepada mana-mana pihak,ianya ditulis secara general, dan melibatkan ramai org yg suka melakukan aksi sedemikian rupa… (kalo ada terasa, dat’s ur problem ok?)..owh,nway sowy sis,awk la sumber inspirasi sy nk tulis pasal nih,fyi i almost melakukan aksi smackdown dkt ur hp last week..hoho..tp sy amik pendekatan yg lebih lembut iaitu membuka msg awk…kikiki..tp x bc tau,bukak sebab nk stop kan dat annoying ringtone jek…