Saturday, February 20, 2010

aku dan bunyi-bunyian HP

24 May 2008 ;


"Korang duduk dekat asrama. Satu bilik ada 2 orang. Esok ada test. Korang pun study la dengan penuh perasaan dan semangat yang jitu. Tiba-tiba, jeng jeng jeng~~~ hp roomate korang berbunyi dengan kuat. Sangat kuat. Lagu ‘my chemical romance’. Korang terkejut beruk sehingga terjatuh dari kerusi. Roomate korang tiada kat bilik,pergi mandi. Korang pi check hp roomate korang tuh, kot-kot orang call, leh la berpura-pura baik hati, tolong angkatkan call tuh. Tapi, korang amat kecewa, rupa-rupanya cuma ada SMS masuk je (takkan nak baca kot sms tuh,privacy org beb!). Korang pun pergi duduk balik dan sambung study. Tapi ringtone SMS tadi masih tak habis-habis lagi. 1 minit berlalu~..lagu tuh tak habis lagi.Tak apa,korang sabar lagi, lagu my chemical romance tuh mmg lama skit durationnya. 2 minit, telinga korang, kepala korang da sakit.hp tu masih lagi berbunyi.roomate korang masih lagi belum habis mandi. "Basuh kain sekali kot" kata korang dalam hati…Akhirnya,selepas 3 minit 10 saat korang melakukan ‘head bangin’ secara paksaan, maka hp tuh pun senyap.Korang lega,tersenyum lebar dan bersedia untuk kembali menyambung study dgn penuh kesungguhan. Tapi, takdir menentukan, ketenangan yang korang capai tadi hanyalah sementara. Hp tadi sekali lagi berbunyi (SMS masuk lagi la tuh!!).. korang sekali lagi jatuh terbalik dari kerusi. Harkkkk!! Tensionnya!!!! kali ini korang rasa macam nak buat 'head bangin' secara duet dengan dinding bilik korang tuh…."

Owho…..pernah tak korang mengalami situasi seperti di atas? atau situasi seperti yg sewaktu dengannya.. pernah tak? (sila jawab soalan nih dlm hati saja).. well, aku da byk kali kena tau.. di zaman yg serba moden nih, hp mmg dah jd sebahagian drpd hidup kita Ada org x boleh hidup tanpa hp! (yela,nak call bf/gf, tanpa bf/gf, siapalah kita kan?? keh keh keh ).. hp lak makin lama makin canggih..dulu bunyi ringtone nya tit-tit-tit je….ingat lagi, dulu kalo time lecturer xde dlm kelas, bising betol, masing2 berlawan2 ringtone (bising betul,rasa macam gegendang telinga ditikam berkali2)….kemudian polifonik la (yg nih start pengalaman buruk hidup aku) dan terus sekarang dengan bunyi MP3.

Aku bukannya anti-teknologi/anti-kemajuan (atau apa je nama yagg korang nak panggil)… tapi cuma kadang-kadang aku rasa macam kurang senang dengan cara manusia menggunakan teknologi nih. Aku boleh terima la kalau korang nak letak lagu panjang-panjang buat ringtone kalo ada orang call,normal la tuh,kang letak lagu pendek tak dengar lak.Marah pulak orang yg call tuh,orang penat2 call x angkat lak,call penting ni ,katanya.huhu~… Tapi sekarang yang jadi masalahnya kalau orang tuh letak lagu panjang-panjang untuk SMS dia. Perlu ke? Perlu ke letak sampai habis satu lagu untuk SMS? Lepas tu dapat la pluak lagu yg jenis hantuk-hantuk kepala tuh kan…Worst, kalo orang tuh jenis yg hp nya 2 minit sekali ada SMS masuk.. annoying la..paling annoying sekali kalau terpaksa dengar rangkap yg sama secara berulang kali. Come on la babeh, itu SMS je ok? cukup la letak ringtone pendek-pendek je…yg bunyi ‘whooosshhh’ ke..yang bunyi ‘tittottit’ ke.Apa-apa sahajalah yang tak mengganggu ketenteraman awam. Tak perlu la panjang-panjang sangat.Ok, maybe itu cara korang nak menunjukkan yang korang peminat sesuatu genre muzik.korang minat my chemical romance, korang ganas, selamba ganas, gothic, suka pakai celak mata tebal2,ok! Saya faham! now change ur ringtone babeh!!

apela korang nih..hohoho…ape pon…kite tulis nih berdasarkan pengalaman selama bertahun-tahun berdasarkan pemerhatian terhadap manusia di sekitar.

Nota: post ini tidak ditujukan secara spesifik kepada mana-mana pihak,ianya ditulis secara general, dan melibatkan ramai org yg suka melakukan aksi sedemikian rupa… (kalo ada terasa, dat’s ur problem ok?)..owh,nway sowy sis,awk la sumber inspirasi sy nk tulis pasal nih,fyi i almost melakukan aksi smackdown dkt ur hp last week..hoho..tp sy amik pendekatan yg lebih lembut iaitu membuka msg awk…kikiki..tp x bc tau,bukak sebab nk stop kan dat annoying ringtone jek…

No comments:

Post a Comment