Saturday, February 20, 2010

gagal

“ TUHAN TAKKAN MENGANIAYA HAMBANYA”

Tuhan takkan menganiayai hambanya”, itu jawab kawan aku beberapa tahun dulu, bila aku tanyakan sesuatu pada dia. Sampai sekarang, ayat tuh masih lagi melekat dalam kepala otak aku . Dan ayat tu jugala yang kita pikir bila aku hadapi kegagalan last week (or hampir gagal??).

1. Kalau cukup usaha, doa , dan tawakal, maka tuhan akan membalas semua tuh dengan kejayaan. Tapi bila kita gagal, kita tahulah yang mungkin salah satu daripada perkara di atas belum cukup untuk hadiahkan kita kejayaan. Mungkin kita tak cukup berusaha.Ataupun kite byk buat maksiat, jadi doa pun tak dimakbulkan.hurm… ataupun,

2. God has a better plan for me. Kalau kita yakin dengan sepenuh perasaan bahawa telah cukup segala usaha, doa etc, tapi masih juga gagal, maka kita tahulah, yang tuhan tuh ada rancangan yang lebih baik untuk kite, ataupun,

3. Dia sedang menguji kita.

Sebenarnya KEGAGALAN tuh adalah something yang cukup subjektif. Bagi aku, definisi kegagalan tuh sendiri berbeza-beza mengikut cara orang memandangnya. Kalau kita pandang kegagalan tuh dari sudut positif, maka positif la jadinya. Tapi kalau kita pandang kegagalan tuh dari sudut negatif, habislah, maknanya kite sedang berdepan dengan satu lagi kegagalan.

CUBALAH UNTUK TIDAK GAGAL dengan sedaya upaya. Tapi kalau gagal jugak,cubapandang kegagalan tuh dari sudut positif. Ambil pengajaran daripadanya, belajar daripada kesilapan dan berusaha untuk teruskan hidup yg lebih baik. Dengar tuh KIM?


TUHAN TAKKAN MENGUJI SESEORANG HAMBANYA, MELEBIHI DARIPADA
KEMAMPUAN HAMBA ITU SENDIRI

Hurm, sebenarnya aku sendiri tak ingat bila dan di mana aku baca/dengar ayat nih. Tapi macam ayat kat atas, ayat nih jugak pengaruhi aku dalam certain keadaan. (Tetiba rasa ngantuk lak, pe2..abeskan tulis nih kejap..kikikikiki). Kadang-kadang bila aku berdepan dengan masalah yang teruk, yang mengganggu kesihatan mental aku, aku akan pikir ayat di atas. Tu lah, kadang-kadang hidup nih tak seindah macam kita sangka.

Ada jek masalah datang.Masalah yang kita tak sangka, ataupun masalah yg memang kita dah hadapinya sepanjang hidup kita.Konflik diri (i.e krisis identiti), atau pun konflik dengan persekitaran (i.e orang yang tersayang sakit, ada masalah duit), memang susah, kalau salah cara hadapi, buleh ‘down’. Kalau lagi teruk, buleh buat rasa macam nak bunuh diri.

Tapi kena la ingat , segala yang kita hadapi tuh semuanya ujian. Dan percayalah, Tuhan takkan menganiaya kita, maknanya Dia takkan menurunkan sesuatu ujian itu, melainkan Dia tahu yang kita boleh hadapinya. Tuhan Maha Mengetahui, dari sekecil- kecil zarah hinggalah seluas alam semesta nih (yang sampai sekarang saintis pun tak dapat decide berapa luasnya, amacam kagum tak??). Jadi Dia juga mengetahui setakat mana kemampuan kita, keupayaan kita untuk menghadapi ujian tuh. Jadi kesimpulannya, kalau berdepan dengan sesuatu ujian tuh, TABAH dan SABAR lah, dan yakinlah kita boleh hadapinya.

NOTA KAKI ITIK : Banyak ar kite membebel. Tapi itu sume nak bagi motivasi pada diri aku sendiri jek sebenarnya.. huhu.
Go Kim! Go! Go! Go! You can walk, you can run or you can crawl, but don’t you
ever DARE to stop!

No comments:

Post a Comment